Followers


agak lama Iera x update, blog Iera ni dah penuh dengan sawang.... =_=" ... 
bukan ape, Internet kat umah ade gangguan...sbb tu x leh buka internet =_="...
Iera kene gi sekolah umi baru leh buka internet...
Iera harap esok dan hari sabtu , segala urusan Iera berjalan dgn lancar... doakan Iera ek...


tinggal berape hari jerk nak melangkah ke alam yang dihuni para siswa dan siswi... rase berdebar-debar la plak >.< ... kalau berdebar pun nak wat camne, kene masuk jugak kan...hmm...

Friendship is not how long you’ve been together. It isn’t how much you’ve given or received , nor how many times you’ve helped each other. But it’s how you value one another

waah T_T... semalam kawan Iera komen dkt Iera punye entry membuatkan Iera tersentuh + rindu...Rina, Iera rindu kat Rina dan kawan2 yang lain...blum pegi lagi dah rindu dah... Insyaallah Iera x kan lupekan kawan2 Iera termasuk Rina T^T ... cuma jangan lost contact ngan Iera kay? klau tukar no phone, notice Iera tau... rindu korang >.< sesangat ... Iera doakan kejayaan korang...harap korang  berada dalam keadaan sihat saje... i'll miss u dear saenggi... 






   dengar dan hayati lagu ini... khas buat sahabat yang tercinta

Tinggal berape hari ek? 
tinggal lagi 19 hari je lagi sebelum memulakan kehidupan sebagai seorang pelajar...
Iera harap dapat menyesuaikan diri di tempat baru nnti :D
doakan Iera ek... tu je kot :D
take care ye sume....


"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik'

inilah harinya...tepat pukul 12.00 tengah hari, keputusan yang di nanti-nanti oleh kebanyakan pelajar lepasan SPM seperti Iera akan keluar....dan masa telah tiba untuk membuat pilihan samada nak ke matrikulasi atau Universiti... hope that there'll be good news for me, friends and others...


ari ni Iera nak join 1st giveaway by telekung Najwa...bukan ape, kawan Iera dah tag Iera...so bile Iera tgk untuk ape vina tag Iera, Iera pun tergerak nak join gak dalam 1st giveaway ni :)... selain tu, dapat jugak Iera mengeratkan silaturrahim sesama blogger ye x? hehe... 

okeh...komen/promosi/cadangan mengenai telekung Najwa?

komen ~ hmm...Iera rase kan kalau nak ramai pembaca, kene selalu update blog...
tu sekadar komen Iera je :D

promosi ~ Iera nak puji telekung Najwa sbb melalui giveaway mcm ni...dapat tarik ramai pembaca dan mungkin dapat cetuskan minat untuk membeli telekung  :D

cadangan mengenai telekung Najwa ~ hmm..kat fb dah ade, blog pun dah ade...ape lagi ek? tawarkan diskaun pada musim2 tertentu...bukan 4 musim yang ade kt negara lain tau :P...
ataupun, kelaskan telekung yang sesuai untuk orang yang nak pergi mengerjakan umrah/haji ... Iera rase kalau untuk orang yang pergi ke umrah/haji x yah yg byk corak..simple je...sbb takut corak yang ade pada telekung tu mengganggu kosentrasi orang nak khusyuk... hehe... sorry ea.. sebab berjela-jela Iera punye cadangan ni...kalau terima cadangan Iera ni, alhamdulillah...Iera la orang yang paling gembira :D

okeh...tu saje... 
oh ye...Iera nak tag :-

cik ubi
Cik Niera
airin

Salam semua dan jaga diri baek-baek tau :D

Iera tengok rancangan Strong Heart ari ni.... Mir Bang (Bang Cheol Yong) dan kakaknya Ko Eun-ah (Bang Hyo Jin)...diorang nampak macam kembar >.< .... comel sangat... lagi sweet sbb Eun ah sayang sangat kat Mir smpai anggap Mir macam anak die sendiri... Eun ah yang bersifat comel, melindungi dan menyokong adiknya...Mir cite yang waktu die baru dapat lesen, Eun-ah belikan kereta yang cantik menggunakan duit dia sendiri dan hadiahkan kereta tu pada Mir... Mir juga cite yang Eun-ah banyak menghabiskan duitnya bersama keluarga berbanding untuk dirinya sendiri...so sweet... Iera harap hubungan baik antara Eun-ah dan Mir akan berkekalan...suke tgk diorang >.< .... 

Mir Bang ( Bang Cheol Yong) :-




Ko Eun-ah ( Bang Hyo Jin ):-



Mir dan Eun-ah :-









sumber gmbr drpd : En. Google





mula2, Iera nak ucapkan terima kasih kepada Cik Aisyah Humaira' sbb letak link kt post Iera kt fb...kalau x, Iera x tahu... terima kasih ya Cik Aisyah Humaira'...

Buku PTS pilihan Iera :-

1.  303 Soal Jawab Fikah Kematian menyediakan jawapan-jawapan itu daripada pelbagai sumber yang sahih. Jawapannya juga bukan sahaja jelas, bahkan ringkas dan mudah. Memahami fikah kematian adalah memahami hukum-hakam pada bahagian terakhir hidup di dunia ini. Moga kita membuka langkah kanan memasuki pintu alam yang abadi. Insya Allah kekal aman di syurga nanti.


2. Buku ini berkongsi cara bagi meningkatkan keyakinan diri, mengatasi cabaran kehidupan, menikmati kehidupan, dan merealisasikan cita-cita tertinggi kita. Terdapat 64 prinsip kejayaan yang terbukti berkesan dan diamalkan oleh tokoh-tokoh dunia sepanjang sejarah ketamadunan dunia.



3.Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi, dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan.
Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

4. Kisah Zubair bin Awwam, antara sahabat Nabi Muhammad saw yang dijamin syurga. Kisah beliau dari kecil sampailah beliau meninggal dunia.


5. Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.



6. Jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Sebagai insan, kita perlu sentiasa berdoa supaya misteri jodoh yang selama ini belum terungkai menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala ikatan suci pernikahan dimeterai.

7. How Successful People Think adalah bahan bacaan paling padan dan sesuai bagi dunia masa kini yang bergerak pntas. Pakar kepimpinan Amerika, John C. Maxwell mengajar kita cara menjadi lebih kreatif serta masa yang sesuai untuk kita mempersoalkan pemikiran dan pendapat popular. Kita juga diajar cara melihat kehidupan dari sudut pandang yang lebih luas sambil memfokuskan pemikiran bagi mencapai kejayaan. Buku ini membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. Berpandukan 11 rahsia pemikiran yang lebih efektif, kita dapat melihat dengan lebih jelas bagi berjaya.


8. Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.


inilah buku PTS pilihan Iera...agak banyak bila Iera list... Kalau Iera dapat buku ni, Iera rasa bersyukur sangat...
almaklumlah...diri Iera yang sekarang ni memerlukan Ilmu yang sebegini :D ...

-_-


x sihat skit ari ni...sakit kepala lepas kene hujan -_-

There was an error in this gadget

Google+ Followers