Followers





mula2, Iera nak ucapkan terima kasih kepada Cik Aisyah Humaira' sbb letak link kt post Iera kt fb...kalau x, Iera x tahu... terima kasih ya Cik Aisyah Humaira'...

Buku PTS pilihan Iera :-

1.  303 Soal Jawab Fikah Kematian menyediakan jawapan-jawapan itu daripada pelbagai sumber yang sahih. Jawapannya juga bukan sahaja jelas, bahkan ringkas dan mudah. Memahami fikah kematian adalah memahami hukum-hakam pada bahagian terakhir hidup di dunia ini. Moga kita membuka langkah kanan memasuki pintu alam yang abadi. Insya Allah kekal aman di syurga nanti.


2. Buku ini berkongsi cara bagi meningkatkan keyakinan diri, mengatasi cabaran kehidupan, menikmati kehidupan, dan merealisasikan cita-cita tertinggi kita. Terdapat 64 prinsip kejayaan yang terbukti berkesan dan diamalkan oleh tokoh-tokoh dunia sepanjang sejarah ketamadunan dunia.



3.Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi, dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan.
Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

4. Kisah Zubair bin Awwam, antara sahabat Nabi Muhammad saw yang dijamin syurga. Kisah beliau dari kecil sampailah beliau meninggal dunia.


5. Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.



6. Jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Sebagai insan, kita perlu sentiasa berdoa supaya misteri jodoh yang selama ini belum terungkai menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala ikatan suci pernikahan dimeterai.

7. How Successful People Think adalah bahan bacaan paling padan dan sesuai bagi dunia masa kini yang bergerak pntas. Pakar kepimpinan Amerika, John C. Maxwell mengajar kita cara menjadi lebih kreatif serta masa yang sesuai untuk kita mempersoalkan pemikiran dan pendapat popular. Kita juga diajar cara melihat kehidupan dari sudut pandang yang lebih luas sambil memfokuskan pemikiran bagi mencapai kejayaan. Buku ini membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. Berpandukan 11 rahsia pemikiran yang lebih efektif, kita dapat melihat dengan lebih jelas bagi berjaya.


8. Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.


inilah buku PTS pilihan Iera...agak banyak bila Iera list... Kalau Iera dapat buku ni, Iera rasa bersyukur sangat...
almaklumlah...diri Iera yang sekarang ni memerlukan Ilmu yang sebegini :D ...

2 comments:

mz said...

ok noted.. gud luck ye.

Unknown said...

terima kasih :)

Post a Comment