Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Assalamualaikum dan selamat pagi ^o^ 

Siape suke makan udang? haa, pagi ni Iera nak share dengan semua resepi Udang Masam Manis yang Iera dapat dari buku resepi... Resepi ni bukannye Iera punye ea, Iera tolong share je :)

 imej ini diperoleh hasil carian en.google


Okay, jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk meyiapkan hidangan Udang Masam Manis ni :

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 kilo udang (dibersihkan)

15  biji bawang merah

  2  biji bawang putih

  2  biji bawang besar

      sedikit halia

      aji-no-moto

  7  biji cili merah

      sedikit belacan

      sedikit tomato sos

      garam secukupnya


CARA MEMBUATNYA :

 Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Kemudian, Tumis bahan yang dikisar sebentar tadi sehingga garing. Setelah garing, masukkan garam, sos tomato dan aji-no-moto.

Seterusnya, masukkan udang dan bawang besar dan biarkan selama beberapa minit di atas api yang sederhana besar....



Selamat mencuba!!

p/s : Sedihnya, Iera tak boleh makan udang :( ... tak mengapa lah, sesiapa yang boleh makan udang... nikmatilah apa sahaja yang anda boleh makan, jangan jadi macam Iera huhu...

Salam ^^ ...

haa, Iera ade soalan, siapa suka makan Puding angkat tangan...
ehehe macam budak-budak la pulak tanya macam tu...
okay.. serius ni, hari ni Iera nak share dengan semua satu Resepi. Di ulang, Re Se Pi bukan Menyepi ye...
Resepi ape? Resepi Puding Batik... ade sesiape yang pernah makan puding batik x?
kalau ada, bagi tahu Iera ea sedap ke tidak.. hehehe, Iera tak pernah makan lagi puding batik ni :D ...
tapi Iera tengok cam sedap je, tu yang nak share dengan korang tuh :D Iera ambil resepi ni daripada buku resepi :D so, resepi ni 100% bukan Iera yang punya....

Resepi membuat Puding Batik ialah *bunyi drum* :

BAHAN-BAHAN KULIT LUAR:

14 gm agar-agar
75 gm gula
1 cawan air sejuk
2 sudu makan kopi segera 
2 sudu makan susu pekat

CARA MEMBUATNYA :

Masak agar-agar dengan 1 cawan air. Manakala agar-agar hancur masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dicampurkan dengan susu pekat manakala satu lagi dicampurkan dengan kopi segera.

Masukkan agar-agar ke dalam loyang bermula dengan adunan perisa kopi segera. Apabila hampir beku, masukkan adunan susu pekat dan biarkan sehingga beku.

Setelah agar-agar tadi itu keras, potong agar-agar tersebut nipis-nipis dan susun agar-agar putih dan kopi secara berselang-seli.

ISIAN PUDING :

28    gm agar-agar
300  gm gula putih
4      biji telur ayam
1      sudu teh kopi segera
200  gm (1/2 kotak) prune dibuang biji, hiris halus
1      tin susu cair
5      cawan air (40 oz)

CARA MEMBUATNYA

Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur. Kemudian tapis dan masukkan gula, 1 sudu teh kopi segera, pecahkan telur pukul sehingga hancur dan masukkan susu cair. Apabila sudah sebati, masukkan adunan ke dalam agar-agar dan kacau kesemua bahan sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan prune yang telah dihiris halus.

Angkat adunan agar-agar dan kacau sehingga hampir sejuk.Kemudian, tuangkan ke dalam loyang yang berisi agar-agar yang tersusun tadi.

and lastly, sejukkan. Hidangan ini sesuai di makan bersama teh atau kopi..

Setakat ini sahaja resipi puding batik...
Macam mana? agak-agak susah tak nak buat puding batik ni?
Bagi yang berminat mahu mencuba, selamat mencuba... nanti kalau dah jadi, kasi Iera sikit eh ^^