Followers



good morning everyone ^o^ ...
well, this morning i just want to share with my excitement to see schoolmate whom
i haven't met for such a long time ^^...

ahh, so excited >.< ... after we finish high school, everyone is busy with their lives. So, we don't have a chance to meet with each other... i hope they will still be who they are :)

Assalamualaikum dan selamat pagi ^o^ 

Siape suke makan udang? haa, pagi ni Iera nak share dengan semua resepi Udang Masam Manis yang Iera dapat dari buku resepi... Resepi ni bukannye Iera punye ea, Iera tolong share je :)

 imej ini diperoleh hasil carian en.google


Okay, jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk meyiapkan hidangan Udang Masam Manis ni :

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 kilo udang (dibersihkan)

15  biji bawang merah

  2  biji bawang putih

  2  biji bawang besar

      sedikit halia

      aji-no-moto

  7  biji cili merah

      sedikit belacan

      sedikit tomato sos

      garam secukupnya


CARA MEMBUATNYA :

 Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Kemudian, Tumis bahan yang dikisar sebentar tadi sehingga garing. Setelah garing, masukkan garam, sos tomato dan aji-no-moto.

Seterusnya, masukkan udang dan bawang besar dan biarkan selama beberapa minit di atas api yang sederhana besar....



Selamat mencuba!!

p/s : Sedihnya, Iera tak boleh makan udang :( ... tak mengapa lah, sesiapa yang boleh makan udang... nikmatilah apa sahaja yang anda boleh makan, jangan jadi macam Iera huhu...

urmm.. hello everyone ^^
this evening, i would like to share something with you..
you can take this as a motivation if you want.. if you don't, well it is up to you.
i just write this based on what i think ^^


   When you have work hard to achieve something but the result you got disappoint you,
don't lose hope and give up because successful people they do not have word 'give up' in their life dictionary.
They knew that if they were to give up, they will not achieve anything.

don't tell yourself that you can't do it, because if you do that... you have set a limit to yourself. 
you have to think positively if you want things to turn out positively. By thinking positively, you will have a positive mindset .


that is all for this evening ^^ .. i hope this is beneficial to you :) and *bow*



Salam ^^ ...

haa, Iera ade soalan, siapa suka makan Puding angkat tangan...
ehehe macam budak-budak la pulak tanya macam tu...
okay.. serius ni, hari ni Iera nak share dengan semua satu Resepi. Di ulang, Re Se Pi bukan Menyepi ye...
Resepi ape? Resepi Puding Batik... ade sesiape yang pernah makan puding batik x?
kalau ada, bagi tahu Iera ea sedap ke tidak.. hehehe, Iera tak pernah makan lagi puding batik ni :D ...
tapi Iera tengok cam sedap je, tu yang nak share dengan korang tuh :D Iera ambil resepi ni daripada buku resepi :D so, resepi ni 100% bukan Iera yang punya....

Resepi membuat Puding Batik ialah *bunyi drum* :

BAHAN-BAHAN KULIT LUAR:

14 gm agar-agar
75 gm gula
1 cawan air sejuk
2 sudu makan kopi segera 
2 sudu makan susu pekat

CARA MEMBUATNYA :

Masak agar-agar dengan 1 cawan air. Manakala agar-agar hancur masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dicampurkan dengan susu pekat manakala satu lagi dicampurkan dengan kopi segera.

Masukkan agar-agar ke dalam loyang bermula dengan adunan perisa kopi segera. Apabila hampir beku, masukkan adunan susu pekat dan biarkan sehingga beku.

Setelah agar-agar tadi itu keras, potong agar-agar tersebut nipis-nipis dan susun agar-agar putih dan kopi secara berselang-seli.

ISIAN PUDING :

28    gm agar-agar
300  gm gula putih
4      biji telur ayam
1      sudu teh kopi segera
200  gm (1/2 kotak) prune dibuang biji, hiris halus
1      tin susu cair
5      cawan air (40 oz)

CARA MEMBUATNYA

Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur. Kemudian tapis dan masukkan gula, 1 sudu teh kopi segera, pecahkan telur pukul sehingga hancur dan masukkan susu cair. Apabila sudah sebati, masukkan adunan ke dalam agar-agar dan kacau kesemua bahan sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan prune yang telah dihiris halus.

Angkat adunan agar-agar dan kacau sehingga hampir sejuk.Kemudian, tuangkan ke dalam loyang yang berisi agar-agar yang tersusun tadi.

and lastly, sejukkan. Hidangan ini sesuai di makan bersama teh atau kopi..

Setakat ini sahaja resipi puding batik...
Macam mana? agak-agak susah tak nak buat puding batik ni?
Bagi yang berminat mahu mencuba, selamat mencuba... nanti kalau dah jadi, kasi Iera sikit eh ^^



Assalamualaikum ^^

 what is your definition of happiness?
for me, happiness happen when i'm with my family and friends... when the people whom i love and care for happy, when my friends share their happy moments with me and when i achieve something that i work for ^^..

so, what about you?

i want to share something related to happiness :)
so, read it and think about it :)


this picture i picked from Islamic Reflection...if you are interested, just type Islamic reflection ( Facebook )...
There are tons of motivation, pictures full of advice and etc..




" After Earth " will be at Malaysian Cinemas 6 June...
Will Smith together with his son, Jaden Smith starred in After Earth...
so, why don't we enjoy the trailer together?
here's the trailer....




and here's the live streaming with Will Smith & Jaden Smith --->



like father like son, they nod their heads at the same time *giggle*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  ^^ ... hari  ni, Iera nak share dengan kamu semua mengenai Meningokokus : Meningitis dan Septisema yang dipetik dari Buku Penyakit Saraf Umum dan diterbit oleh USM (Universiti Sains Malaysia).... jom kita lihat pengenalan kepada penyakit Meningokokus : Meningitis dan Septisemia ini.....

PENGENALAN :

Penyakit meningitis dan septisemia dikenali sebagai penyakit meningokokus dan risiko untuk mendapat penyakit ini adalah sedikit, walaupun anda bersentuhan atau berdekatan dengan seseorang yang telah dijangkiti.

Kebanyakan daripada kita membawa kuman yang menyebabkan penyakit ini tanpa dijangkiti penyakit yang sebenar; hanya sebahagian kecil daripada kita sahaja yang mendapat penyakit ini apabila dijangkiti kuman berkenaan.

Kuman ini adalah sangat lemah dan tidak mampu bertahan lama di luar badan. Kuman ini tidak terdapat pada perkakas harian seperti pakaian, pinggan mangkuk, barang permainan ataupun perabot.Oleh sebab itu, anda mesti bersentuhan atau berdekatan dengan pembawa kuman tersebut sebelum anda dijangkiti.

Walaupun ia kerap berlaku, tidak mungkin anda mendapat meningitis ataupun septisemia kerana kebanyakan daripada kita  mempunyai antibodi yang dapat melawan kuman tersebut.

Walaupun meningitis dan septimia jarang berlaku, penyakit ini adalah berbahaya dan dapat merebak dengan cepat. Oleh sebab itu, pengetahuan berkaitan gejala-gejala penyakit adalah sangat penting.

Apakah Meningitis?

Meningitis ialah radang selaput yang membaluti otak dan saraf tunjang.

Apakah Septisemia?

Septimia ialah keracunan darah akibat jangkitan kuman. Dalam septisemia, kuman memusnahkan saluran darah lalu menyebabkan darah meresap keluar dan berkumpul di bawah kulit. Darah yang berkumpul ini menyebabkan tompok-tompok merah di atas kulit. Keadaan ini juga menyebabkan pengaliran darah ke jantung dan otak berkurangan.

Mengapakah Hanya sebahagian kecil daripada kita sahaja yang dijangkiti Meningitis ataupun Septisemia?

Pengkaji masih belum menemui jawapan bagaimana sesetengah manusia dijangkiti penyakit ini. Kanak-kanak kecil mempunyai risiko yang tinggi kerana sistem pertahanan mereka masih belum berfungsi sepenuhnya.

Bolehkah Meningitis dan Septimia dirawat?

Boleh. Meningitis dan Septisemia dapat dirawat tetapi penyakit ini menular dengan cepat. Oleh sebab itu, adalah penting bagi kita mengetahui gejala-gejala penyakit ini supaya pertolongan dapat diberikan secepat mungkin.

Sebahagian besar daripada pesakit akan sembuh daripada penyakit ini.Septisemia membunuh lebih ramai orang berbanding meningitis, tetapi kedua-duanya boleh membunuh dengan cepat apabila tidak dirawat dengan segera.

Bagaimanakah Meningitis dan Septisemia dapat dijangkiti?

Pada setiap masa, satu daripada 10 orang yang membawa kuman dapat menyebabkan meningitis dan septisemia. Sebahagian besar daripada kita membawa kuman ini di dalam hidung dan tekak tanpa menyedarinya.

Walau bagaimanapun, sebilangan kecil daripada kuman ini dapat mengatasi sistem pertahanan badan dan masuk ke dalam pengaliran darah. Justeru, kedua-dua penyakit meningitis (radang selaput otak) dan septisemia  (keracunan darah) boleh disebabkan oleh kuman yang sama.

Ujian Gelas Kaca untuk Septisemia

Apabila gelas kaca ditekan ke atas tompok-tompok septimia, tompok-tompok ini tidak akan pudar. Anda dapat melihat tompok-tompok ini melalui gelas kaca itu. Apabila ini berlaku, bantuan perubatan hendaklah diperoleh dengan segera. Pada kulit yang gelap, ujian ini hendaklah dilakukan ke atas bahagian kulit yang pucat.

Persoalan Lazim Tentang Meningitis:-

1. Siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku kes meningitis?

Semua kes yang berkaitan mesti dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Awam. Pegawai kesihatan awam tersebut akan menggariskan tindakan yang perlu dilakukan seperti memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan majikan-majikan dan memastikan sesiapa yang berisiko yang perlu dihubungi.

2. Perlukah saya menyimpan antibiotik bagi membantu kenalan yang dijangkiti meningitis ataupun septimia?

Apabila berlaku kes meningitis ataupun septisemia dikesan, pegawai kesihatan awam akan memastikan individu yang memerlukan antibiotik dihubungi. Antibiotik dalam bentuk pil ataupun sirap selalunya diberikan kepada mereka yang tinggal serumah dengan pesakit dan teman lelaki atau perempuan pesakit. Walaupun setelah diberikan ubat ini, gejala-gejala meningitis atau septimia perlu diawasi kerana apabila kuman itu berpindah dari hidung dan tekak ke dalam darah, amtibiotik jenis ini tidak lagi berkesan.

Di sekolah-sekolah yang mempunyai lebih daripada dua kes meningitis ataupun septisemia, antibiotik akan diberikan kepada seluruh kelas ataupun pelajar tahun yang sama. Antibiotik yang kuat bukan sahaja membunuh kuman penyebab penyakit ini, malah ia juga akan membunuh kuman yang menghalang jangkitan kuman lain. Oleh sebab itu, antibiotik ini diberikan apabila perlu sahaja.

3. Adakah terdapatnya vaksin bagi penyakit ini?

Ya. Vaksin memberikan perlindungan yang baik, tetapi tidak dapat melindungi daripada semua jenis meningitis dan septisemia.

Vaksin bagi H. Influenza type B (hib) dan meningokokus kumpulan C diberikan kepada bayi sebagai sebahagian daripada program vaksinasi. Vaksin bagi kumpulan C juga diberikan kepada mereka yang berumur kurang daripada 25 tahun yang masih belum menerima vaksin dan mereka yang terdedah kepada pesakit  (berisiko tinggi) yang belum menerima vaksin. Sehingga kini, para saintis masih lagi berusaha untuk mencipta vaksin bagi penyakit meningokokus kumpulan B.

4. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penyakit ini?

Kini, Vaksin diberikan dalam program vaksinasi tetapi ia tidak melindungi daripada semua jenis meningitis dan septisemia. Pengetahuan berkaitan penyakit ini adalah langkah yang lebih baik bagi mencegahnya. Meningitis dan septisemia dapat dirawat dengan antibiotik yang kuat dan rawatan yang teliti. Rawatan ini berkesan apabila dimulakan pada peringkat awal jangkitan. Oleh sebab itu, memastikan gejala-gejala penyakit ini adalah penting supaya pertolongan perubatan dapat diberikan secepat mungkin.

5. Berapa jangka masa inkubasi jangkitan kuman ini?

2-7 hari

6. Perlukah saya melarang anak saya daripada bermain dengan individu yang bersekolah di sekolah yang berlakunya kes meningitis?

Tidak. Jangan mengelak daripada bergaul dengan individu yang pernah bersentuhan atau berdekatan dengan pesakit meningitis ataupun septisemia. Hal ini kerana satu daripada 10 orang adalah pembawa kuman ini dan anda memang bersentuhan atau berdekatan dengan kuman ini setiap hari.

7. Perlukah saya melarang anak saya daripada bergaul dengan anak jiran yang baru sahaja sembuh daripada meningitis?

Tidak. Individu yang mengalami meningitis ataupun septisemia telah diberikan ubat yang berkesan semasa di hospital bagi membunuh kuman penyebab penyakit ini. Oleh sebab itu, individu yang baru sahaja pulih daripada meningitis adalah bebas daripada kuman tersebut.

Gejala-Gejala Meningitis dan Septisemia pada bayi :

Bayi kecil mengalami gejala-gejala seperti berikut :

1. Bahagian tempurung kepala yang lembut nampak mengelembung
2. Kulit menjadi pucat, kebiruan ataupun merekah
3. Tidak berselera menyusu
4. Tidak suka diambil ataupun didukung
5. Tubuh kelihatan seperti kejang dan kemudiannya diikuti oleh pergerakan anggota badan yang tidak terkawal, ataupun tubuh badan kelihatan lembik dan tidak bermaya.

Septisemia:


  1. Tompok-tompok merah pada badan
  2. Demam panas/muntah-muntah
  3. Tangan atau kaki rasa kesejukan/menggigil
  4. sesak nafas
  5. perut/sendi/otot berasa sakit dan kadangkala bersama cirit-birit
  6. Tidak bermaya dan nampak letih ( tidak terdapat pada kesemua kes )

Meningitis :

  1. Tompok-tompok merah pada badan ( tidak terdapat pada kesemua kes )
  2. Demam panas/muntah-muntah
  3. Tidak bermaya dan nampak letih
  4. Pening kepala yang kuat
  5. Tengkuk berasa sakit ( Jarang pada kanak-kanak kecil )
  6. Tidak suka pada cahaya yang terang ( Jarang pada kanak-kanak kecil )
* Gejala-gejala boleh berlaku dalam turutan yang mana-mana sahaja. Tidak kesemua pesakit akan dapat kesemua gejala ini. Septisemia boleh berlaku dengan atau tanpa meningitis.











 Selamat Pagi Semua ^o^ ...
haa, pagi ni Iera nak share dengan korang mengenai adik2 cilik yang pandai bermain guitar...
guess berape umur adik2 ni??


berape Like untuk video ni??
hehe gurau je...
just enjoy the video kay?


       



     Judgments, value judgments concerning life,
 for or against, can in the last resort never be true:
they possess value only as symptoms,
they come into consideration only
as symptoms in themselves 
such judgement are stupidities

Author : Friedrich Nietzsche
   

hmm... agak2 berapa umur Erlina ni? bagi yang baca paper mesti tahu kan gadis ini berumur 25 tahun..
Muda x? muda kan ^^ .. Beliau menceburi bidang perniagaan dan pada masa yang sama turut menjadi majikan kepada enam pekerja ketika usia baru menjengah 24 tahun.

Berhadapan dengan pelbagai karenah pekerja dan pandangan skeptikal masyarakat yang meragui keupayaannya, beliau tidak menjadikan hal itu satu batu penghalang buatnya . Sebaliknya, beliau menjadikan itu sebagai pembakar semangatnya untuk berjaya.

inilah serba sedikit yang Iera nak share... Iera kagum dengan gadis ini, walaupun berhadapan dengan karenah pekerja yang pelbagai serta pandangan skeptikal masyarakat , gadis ini tidak mudah melatah... untuk berhadapan dengan semua ini pada usia yang muda, Iera rasa tuan punya diri amat memerlukan banyak kesabaran,kecekalan dan mental yang kuat...tanpa "KKM" (kesabaran,kecekalan,mental), seseorang itu mungkin akan tersungkur (pada pandangan Iera).. Apa-apa pun Iera harap  Kak Erlina akan terus maju dan komited terhadap kerja yang Kak Erlina minati... All the best to you Kak Erlina ^^

kepada sesiapa yang ingin tahu kisah Erlina, boleh la melawat ke Utusan Malaysia, bahagian Gaya Hidup, feminine label... kalau nak senang boleh klik sini --->Utusan Malaysia.. terus direct ke page yang dikehendaki :D ...

kalau nak melawat blog usahawan muda ini :

hola everyone, haa..hari ni tajuk post Iera berkenaan dengan Williams Syndrome. Kenapa Williams Syndrome? k, Iera jawab... 


Hari ni, Iera tengok  rancangan MHI and Iera tertarik dengan perbincangan mengenai Williams Syndrome yang melibatkan genetic condition.. William Syndrome ni lain daripada Down Syndrome tau... kanak-kanak atau orang yang menghidapi syndrome ini ramah dan mereka ni, mempunyai kebolehan bermain alat muzik... menarik kan? tetapi mereka ini terlebih peramah yang kadangkala membuatkan ibu bapa mereka ini risau.. 


Disamping itu, mereka ini juga perlu diberi perhatian tahap kesihatan mereka kerana mereka mempunyai immune system yang kurang.. mereka juga sensitif  dan biasanya bayi atau kanak-kanak sensitif terhadap bunyi yang mana mungkin pada orang normal tidak memberi kesan padanya tetapi sebaliknya berlaku pada golongan ini.. kanak-kanak ini juga biasanya akan kerap menangis dan menurut Puan Ayin MM ibu kepada kanak-kanak Williams Syndrome Adlan Iman, Iman akan menangis tidak berhenti daripada jam 12 hingga 3 pagi (tiga jam) ...


Kanak-kanak yang menghidap Williams Syndrome ini, ada bakat yang tersendiri contohnya adik Kian Zhoe yang creative membuat mangkuk, adik Syafiqah yang minat make up dan William yang pandai bermain keyboard ...
enjoy video daripada youtube ni kay ^^


setakat ini sahaja yang Iera nak kongsikan mengenai Williams Syndrome... 
arigatou gozaimasu *bow*
 

apa khabar semua ^^ ... hari ni hari ape ye? hmm... hari gurukan?
sempena 16 May ni, Iera nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 yang ada di Malaysia... Terima kasih cikgu kerana sudah bersusah payah mendidik dan melayan segala karenah2 anak murid... 

so, ape yang adik2 kasi dekat cikgu? 
itu, privacy adik2 la kan, Kak Iera harap adik2 yang diluar sana hargai lah pengorbanan seorang insan yang bergelar guru..bukan mudah untuk menjadi seorang guru tau...


ehem ehem... *microphone check 1, 2, 1,2* ehehe...

*ehem- bagi clear suara :D (walaupun x siapa dengar) *  Iera nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan UITM samada yang Iera kenal atau x yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang :) ... dan kepada yang dapat keputusan yang x seberapa atau yang x puas hati dengan keputusan yang diperoleh, rase tercabar x dengan kengkawan yang dapat keputusan cemerlang?  Iera rase tercabar, kalau korang jugak rase tercabar, kita jadikan kekalahan kita yang sebelum/present ni sebagai peringatan dan juga pembakar semangat kita untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni agar perasaan x puas hati, kecewa x timbul bile kita peroleh result kita nanti ^^ ... nak masuk sem baru nih, so kene la kumpulkan semangat untuk menimba ilmu :D... 

sekian, daripada Iera :D ehehe... dh mcm buat surat lak ade sekian :D ... 
terima kasih sudi singgah blog Iera n take care :)