Followers


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  ^^ ... hari  ni, Iera nak share dengan kamu semua mengenai Meningokokus : Meningitis dan Septisema yang dipetik dari Buku Penyakit Saraf Umum dan diterbit oleh USM (Universiti Sains Malaysia).... jom kita lihat pengenalan kepada penyakit Meningokokus : Meningitis dan Septisemia ini.....

PENGENALAN :

Penyakit meningitis dan septisemia dikenali sebagai penyakit meningokokus dan risiko untuk mendapat penyakit ini adalah sedikit, walaupun anda bersentuhan atau berdekatan dengan seseorang yang telah dijangkiti.

Kebanyakan daripada kita membawa kuman yang menyebabkan penyakit ini tanpa dijangkiti penyakit yang sebenar; hanya sebahagian kecil daripada kita sahaja yang mendapat penyakit ini apabila dijangkiti kuman berkenaan.

Kuman ini adalah sangat lemah dan tidak mampu bertahan lama di luar badan. Kuman ini tidak terdapat pada perkakas harian seperti pakaian, pinggan mangkuk, barang permainan ataupun perabot.Oleh sebab itu, anda mesti bersentuhan atau berdekatan dengan pembawa kuman tersebut sebelum anda dijangkiti.

Walaupun ia kerap berlaku, tidak mungkin anda mendapat meningitis ataupun septisemia kerana kebanyakan daripada kita  mempunyai antibodi yang dapat melawan kuman tersebut.

Walaupun meningitis dan septimia jarang berlaku, penyakit ini adalah berbahaya dan dapat merebak dengan cepat. Oleh sebab itu, pengetahuan berkaitan gejala-gejala penyakit adalah sangat penting.

Apakah Meningitis?

Meningitis ialah radang selaput yang membaluti otak dan saraf tunjang.

Apakah Septisemia?

Septimia ialah keracunan darah akibat jangkitan kuman. Dalam septisemia, kuman memusnahkan saluran darah lalu menyebabkan darah meresap keluar dan berkumpul di bawah kulit. Darah yang berkumpul ini menyebabkan tompok-tompok merah di atas kulit. Keadaan ini juga menyebabkan pengaliran darah ke jantung dan otak berkurangan.

Mengapakah Hanya sebahagian kecil daripada kita sahaja yang dijangkiti Meningitis ataupun Septisemia?

Pengkaji masih belum menemui jawapan bagaimana sesetengah manusia dijangkiti penyakit ini. Kanak-kanak kecil mempunyai risiko yang tinggi kerana sistem pertahanan mereka masih belum berfungsi sepenuhnya.

Bolehkah Meningitis dan Septimia dirawat?

Boleh. Meningitis dan Septisemia dapat dirawat tetapi penyakit ini menular dengan cepat. Oleh sebab itu, adalah penting bagi kita mengetahui gejala-gejala penyakit ini supaya pertolongan dapat diberikan secepat mungkin.

Sebahagian besar daripada pesakit akan sembuh daripada penyakit ini.Septisemia membunuh lebih ramai orang berbanding meningitis, tetapi kedua-duanya boleh membunuh dengan cepat apabila tidak dirawat dengan segera.

Bagaimanakah Meningitis dan Septisemia dapat dijangkiti?

Pada setiap masa, satu daripada 10 orang yang membawa kuman dapat menyebabkan meningitis dan septisemia. Sebahagian besar daripada kita membawa kuman ini di dalam hidung dan tekak tanpa menyedarinya.

Walau bagaimanapun, sebilangan kecil daripada kuman ini dapat mengatasi sistem pertahanan badan dan masuk ke dalam pengaliran darah. Justeru, kedua-dua penyakit meningitis (radang selaput otak) dan septisemia  (keracunan darah) boleh disebabkan oleh kuman yang sama.

Ujian Gelas Kaca untuk Septisemia

Apabila gelas kaca ditekan ke atas tompok-tompok septimia, tompok-tompok ini tidak akan pudar. Anda dapat melihat tompok-tompok ini melalui gelas kaca itu. Apabila ini berlaku, bantuan perubatan hendaklah diperoleh dengan segera. Pada kulit yang gelap, ujian ini hendaklah dilakukan ke atas bahagian kulit yang pucat.

Persoalan Lazim Tentang Meningitis:-

1. Siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku kes meningitis?

Semua kes yang berkaitan mesti dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Awam. Pegawai kesihatan awam tersebut akan menggariskan tindakan yang perlu dilakukan seperti memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan majikan-majikan dan memastikan sesiapa yang berisiko yang perlu dihubungi.

2. Perlukah saya menyimpan antibiotik bagi membantu kenalan yang dijangkiti meningitis ataupun septimia?

Apabila berlaku kes meningitis ataupun septisemia dikesan, pegawai kesihatan awam akan memastikan individu yang memerlukan antibiotik dihubungi. Antibiotik dalam bentuk pil ataupun sirap selalunya diberikan kepada mereka yang tinggal serumah dengan pesakit dan teman lelaki atau perempuan pesakit. Walaupun setelah diberikan ubat ini, gejala-gejala meningitis atau septimia perlu diawasi kerana apabila kuman itu berpindah dari hidung dan tekak ke dalam darah, amtibiotik jenis ini tidak lagi berkesan.

Di sekolah-sekolah yang mempunyai lebih daripada dua kes meningitis ataupun septisemia, antibiotik akan diberikan kepada seluruh kelas ataupun pelajar tahun yang sama. Antibiotik yang kuat bukan sahaja membunuh kuman penyebab penyakit ini, malah ia juga akan membunuh kuman yang menghalang jangkitan kuman lain. Oleh sebab itu, antibiotik ini diberikan apabila perlu sahaja.

3. Adakah terdapatnya vaksin bagi penyakit ini?

Ya. Vaksin memberikan perlindungan yang baik, tetapi tidak dapat melindungi daripada semua jenis meningitis dan septisemia.

Vaksin bagi H. Influenza type B (hib) dan meningokokus kumpulan C diberikan kepada bayi sebagai sebahagian daripada program vaksinasi. Vaksin bagi kumpulan C juga diberikan kepada mereka yang berumur kurang daripada 25 tahun yang masih belum menerima vaksin dan mereka yang terdedah kepada pesakit  (berisiko tinggi) yang belum menerima vaksin. Sehingga kini, para saintis masih lagi berusaha untuk mencipta vaksin bagi penyakit meningokokus kumpulan B.

4. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penyakit ini?

Kini, Vaksin diberikan dalam program vaksinasi tetapi ia tidak melindungi daripada semua jenis meningitis dan septisemia. Pengetahuan berkaitan penyakit ini adalah langkah yang lebih baik bagi mencegahnya. Meningitis dan septisemia dapat dirawat dengan antibiotik yang kuat dan rawatan yang teliti. Rawatan ini berkesan apabila dimulakan pada peringkat awal jangkitan. Oleh sebab itu, memastikan gejala-gejala penyakit ini adalah penting supaya pertolongan perubatan dapat diberikan secepat mungkin.

5. Berapa jangka masa inkubasi jangkitan kuman ini?

2-7 hari

6. Perlukah saya melarang anak saya daripada bermain dengan individu yang bersekolah di sekolah yang berlakunya kes meningitis?

Tidak. Jangan mengelak daripada bergaul dengan individu yang pernah bersentuhan atau berdekatan dengan pesakit meningitis ataupun septisemia. Hal ini kerana satu daripada 10 orang adalah pembawa kuman ini dan anda memang bersentuhan atau berdekatan dengan kuman ini setiap hari.

7. Perlukah saya melarang anak saya daripada bergaul dengan anak jiran yang baru sahaja sembuh daripada meningitis?

Tidak. Individu yang mengalami meningitis ataupun septisemia telah diberikan ubat yang berkesan semasa di hospital bagi membunuh kuman penyebab penyakit ini. Oleh sebab itu, individu yang baru sahaja pulih daripada meningitis adalah bebas daripada kuman tersebut.

Gejala-Gejala Meningitis dan Septisemia pada bayi :

Bayi kecil mengalami gejala-gejala seperti berikut :

1. Bahagian tempurung kepala yang lembut nampak mengelembung
2. Kulit menjadi pucat, kebiruan ataupun merekah
3. Tidak berselera menyusu
4. Tidak suka diambil ataupun didukung
5. Tubuh kelihatan seperti kejang dan kemudiannya diikuti oleh pergerakan anggota badan yang tidak terkawal, ataupun tubuh badan kelihatan lembik dan tidak bermaya.

Septisemia:


  1. Tompok-tompok merah pada badan
  2. Demam panas/muntah-muntah
  3. Tangan atau kaki rasa kesejukan/menggigil
  4. sesak nafas
  5. perut/sendi/otot berasa sakit dan kadangkala bersama cirit-birit
  6. Tidak bermaya dan nampak letih ( tidak terdapat pada kesemua kes )

Meningitis :

  1. Tompok-tompok merah pada badan ( tidak terdapat pada kesemua kes )
  2. Demam panas/muntah-muntah
  3. Tidak bermaya dan nampak letih
  4. Pening kepala yang kuat
  5. Tengkuk berasa sakit ( Jarang pada kanak-kanak kecil )
  6. Tidak suka pada cahaya yang terang ( Jarang pada kanak-kanak kecil )
* Gejala-gejala boleh berlaku dalam turutan yang mana-mana sahaja. Tidak kesemua pesakit akan dapat kesemua gejala ini. Septisemia boleh berlaku dengan atau tanpa meningitis.








0 comments:

Post a Comment